SEBAIK saja kaki melangkah ke bumi Lawas, kehijauan dan ketenangan jelas terpancar di seluruh pelusuk daerah dengan alam semula jadi yang berbukit bukau serta floranya cukup mempesonakan.
Terletak di bahagian Limbang, Sarawak, Lawas mempunyai kedudukan yang strategik iaitu bersempadan dengan Sabah, Brunei Darussalam dan Wilayah Persekutuan Labuan hingga menjadikan daerah itu antara tumpuan pelancong luar terutama penduduk Brunei.
Selain kaya dengan hasil tanaman buah-buahan dan sayur-sayuran, Lawas juga punya keunikan tersendiri iaitu pengeluar epal dan oren yang hanya boleh didapati di kawasan tanah tinggi Ba’kelalan.
Antara tarikan utama pelancongan di Lawas adalah pasar Tamu Lawas yang diadakan setiap Sabtu dengan pelbagai produk tempatan seperti sayuran, buah-buahan dan hasil laut dijual penduduk tempatan termasuk kawasan Temburong.
Antara tarikan utama pelancongan di Lawas adalah pasar Tamu Lawas yang diadakan setiap Sabtu dengan pelbagai produk tempatan seperti sayuran, buah-buahan dan hasil laut dijual penduduk tempatan termasuk kawasan Temburong.
Pantai Punang, Pantai Sungai Bangat, Gunung Murud dan Kampung Air Terjun di sepanjang Sungai Terusan juga antara tarikan pelancongan yang ditawarkan di Lawas.
Kini, satu lagi mercu tanda baru daerah itu yang cukup dialu-alukan penduduk tempatan khasnya iaitu Hotel Seri Malaysia yang beroperasi sejak 1 Februari lalu.
Dimiliki Rangkaian Hotel Seri Malaysia Sdn Bhd (RHSM), ia adalah hotel pertama syarikat berkenaan di Borneo dan cawangan ke-20 mengetengahkan konsep berlainan dari hotel Seri Malaysia sedia ada.
Mengambil masa kira-kira tiga jam perjalanan dari Kota Kinabalu, Sabah ke bandar Lawas, ketenangan dan kepuasan pelanggan yang menginap di Hotel Seri Malaysia Lawas menjadi keutamaan.
Hotel yang menawarkan 104 bilik termasuk dua bilik VVIP iaitu Taripas Suite dan Kenawai Suite adalah hotel yang tercantik di antara semua hotel cawangan RHSM.
Struktur bangunan
gaya moden dengan pemandangan indah menghadap sungai dan ‘Times Square Lawas’ pastinya tidak dilupakan pengunjung yang menginap di hotel itu.
Bagi kepuasan yang maksimum setiap bilik sama ada bilik standard mahu pun famili dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk pemanas air, peti simpanan keselamatan, televisyen yang lengkap dengan kemudahan Astro serta WiFi percuma turut disediakan.
Hotel Seri Malaysia Lawas turut mempunyai kemudahan asas lain seperti Dewan Seri Sari yang boleh menempatkan 540 orang dalam satu masa, sekali gus dapat memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan yang inginkan kelainan pada majlis keraian tertentu.
Dewan Kambura dan Dewan Slimpat pula boleh menampung hingga 50 orang dalam satu masa.
Selain menerima kunjungan famili dan individu, Hotel Seri Malaysia Lawas juga menawarkan pakej seminar, kursus dan mesyuarat kepada organisasi swasta atau kerajaan dengan harga yang berpatutan.
Gaya Café pula menawarkan menu masakan tradisional tempatan dan turut memperkenalkan rangkaian menu dari Semenanjung. Sudah pasti Ramadan tahun ini buat pertama kalinya pengunjung bakal disajikan dengan promosi menu istimewa berbuka puasa.
Berteraskan prinsip 5C ‘Cleanliness, Convenience, Comfort, Courtesy dan Conformity’ kepuasan pelanggan menjadi keutamaan pihak hotel dengan layanan mesra kakitangannya yang rata-rata terdiri daripada penduduk tempatan.
Sebarang keterangan lanjut, layari laman web www.serimalaysia.com.my atau hubungi terus Seri Malaysia Lawas di talian 085 283200.
>Alamat
Hotel Seri Malaysia Lawas
Jalan Gaya, 98850 Lawas, Sarawak
No comments:
Post a Comment